Apakah Itu MACD?
MACD adalah merupakan singkatan kepada Moving Average Convergence Divergence. Ianya merupakan indikator momentum trend yang menunjukkan hubungan antara dua purata pergerakan harga. MACD dikira dengan menolak purata pergerakan harga eksponen untuk 26 hari (EMA) daripada EMA 12 hari. Purata pergerakan harga eksponen (EMA-9) MACD, dipanggil ‘garis isyarat’, yang diplotkan di atas MACD. Ianya berfungsi sebagai pencetus isyarat untuk membeli atau menjual.
MACD telah diasaskan oleh Gerald Appel pada tahun 1970an. Thomas Aspray menambah histogram kepada indicator MACD pada tahun 1986, yang berfungsi untuk melihat ‘oscillator’ sebagai petunjuk pergerakan sekuriti.
Komponen MACD
MACD adalah berdasarkan perbezaan di antara dua purata pergerakan harga: purata pergerakan harga yang lebih cepat (bagi trend pasaran jangka pendek) ditolak dengan purata pergerakan harga yang perlahan (bagi trend jangka panjang).
Tetapan yang biasa digunakan adalah penggunaan eksponen purata pergerakan harga untuk 12 hari akan dipasangkan bersama dengan purata pergerakan harga untuk 26 hari; di mana kedua-dua purata pergerakan harga menggunakan harga penutup (close price) untuk pengiraan. Penggunaan tempoh MA yang lain juga boleh digunakan, namun begitu, contoh-contoh yang akan diterangkan akan menggunakan tetapan tempoh 12-26 kerana ianya merupakan tempoh tetapan yang banyak digunakan.
Komponen-komponen utama di dalam MACD adalah:
MACD = 12 EMA ditolak dengan 26EMA
Histogram = MACD ditolak dengan Signal
Signal = 9EMA MACD
Pemahaman MACD
Antara cara yang paling biasa digunakan adalah dengan cara persilangan dan ‘divergence’.
1. Persilangan
Kebiasaanya, trader akan menggunakan ‘signal line’ sebagai pencetus isyarat untuk membeli dan menjual. Isyarat beli mungkin berlaku apabila histogram MACD bergerak di atas signal line EMA9, dan isyarat menjual mungkin berlaku apabila MACD bergerak di bawah signal line EMA9 seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.
Salah satu lagi isyarat yang trader gunakan adalah apabila garisan isyarat (signal line) melepasi paras sifar. Sekiranya garisan isyarat berada di bawah paras sifar, ianya menunjukkan isyarat penurunan, yang menunjukkan satu petanda yang baik untuk memasuki posisi ‘sell’. Sebaliknya, apabila kita signal line berada di atas paras sifar, ianya mula menunjukkan trend kenaikan harga yang merupakan petanda yang baik untuk memasuki posisi ‘buy’ seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah.
2. Divergence
Apabila pergerakan harga mula berubah daripada MACD, ianya menunjukkan tanda awal berakhirnya trend. Sebagai contoh untuk gambarajah di bawah bagi GBPUSD, kita dapat lihat harga menaik (membentuk tahap yang lebih tinggi – higher high), tetapi pada masa yang sama, bar MACD menguncup dan membentuk tahap yang lebih rendah (lower high). Ianya menunjukkan petanda awal pengakhiran trend menaik yang mana harga mula menurun selepas itu.
Contoh kedua adalah untuk trend menurun di mana kita dapat lihat harga menurun membentuk tahap yang lebih rendah (lower low), tetapi bar MACD menguncup membentuk tahap yang lebih tinggi (higher low). Ianya menunjukkan petanda awal pengakhiran trend menurun yang mana harga mula menaik selepas itu.
Cara untuk trade divergence akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam topik yang lebih advance.
Leave a Reply